Menjana Pendapatan Dari Internet Menggunakan Facebook Instant Articles Dan Audience Network

Tidak bermakna bagi seorang blogger sekiranya ia gagal untuk menjana pendapatan dari blognya.

Ya mungkin benar ada yang berkata, menulis di blog itu cuma satu hobi, tetapi tanggapan itu sebenarnya hanya untuk sesetengah bloggers kerana di luar sana dalam masa yang sama telah ramai bloggers telah menjana pendapatan hanya dengan blog mereka.

Bermula dengan Adsense (satu masa dahulu) sebagai pilihan utama program untuk CPC, CPA Network lainnya, meletakkan link dari sistem affiliate, mahupun sewa tapak banner pada sidebar sebuah blog.

Itu kisah lama, hari ini Facebook telah membangunkan satu program yang mana pengiklan atau Advertisers dibenarkan mengiklan ke dalam blog dari Publishers (blogger) melalui platform yang dikenali sebagai Audience Network, juga satu produk yang dimiliki oleh Facebook.

Kenapa harus memilih Facebook Instant Articles (FIA), dan Facebook Audience Network (FAN) sebagai tapak untuk mencari pendapatan dari internet sedangkan masih banyak lagi platform yang tidak kurang hebatnya dengan Adsense.

Begini, kebanyakan dari pengguna Facebook bersosial menggunakan telefon bimbit dan ini adalah kumpulan sasaran Facebook untuk pengiklan.

Sebelum ini pengguna mengalami masalah terutamanya ketika kelajuan internet sungguh rendah. Seakan link yang dibuka liat untuk terpampang, tetapi dengan FIA kesemuanya jalan terus.

Harus ada pro dan kontra dalam setiap pilihan yang terhidang di depan mata. Begitu juga FIA lihat apa yang ditawarkan olehnya yang menjadikannya yang terbaik untuk menggantikan program Adsense.

Kebarangkalian untuk dibuka adalah 20% lebih tinggi berbanding website biasa yang bukan versi FIA.

Artikel dari format ini juga jarang diabaikan oleh pengguna kerana sifatnya yang laju ketika dibuka. Konten akan terpampang begitu laju dan mudah dibaca.

Dan akhir sekali, ia 30% lebih banyak dikongsikan berbanding konten versi website yang biasa.

Ada pertanyaan terutamanya dari pemula yang tidak mempunyai pengalaman dengan program pengiklanan di internet iaitu bagaimana Facebook boleh membayar sejumlah wang kepada blogger?

Seperti ini tuan-tuan dan puan-puan. Sekiranya anda pernah melihat beberapa iklan di Facebook, atau terdapatnya label “sponsored” pada satu post di wall anda, itu bermakna ia adalah post versi berbayar dari empunya post.

Begitu ceritanya dilanjutkan lagi, peniaga inginkan jangkaun audience yang lebih besar untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka, lalu dengan bajet tertentu peniaga akan melabur wang mereka ke dalam program FAN.

Dengan wang itu, serta adanya tools untuk para blogger mengubah artikel mereka kepada versi FIA, Facebook akan menempelkan iklan dari peniaga ke dalam artikel yang sesuai.

Facebook selaku tuan rumah atau pemilik kepada program ini, akan mengambil sebahagian daripada wang dari kos pengiklanan manakala sebahagian lagi dibayar kepada blogger.

Mungkin masih kurang jelas tetapi dalam topik seterusnya anda akan mendapat sedikit demi sedikit tentang program ini.

Tidak ada tutorial pada artikel kali ini (masa akan datang pasti ada), tetapi untuk melakukan persediaan saya sekadar memberitahu kepada anda, ini yang harus ada untuk anda menjalankan program yang terbukti mampu memberi anda wang dalam USD setiap bulan.

  1. Facebook Fan Page – Tidak kira apa niche yang penting anda memiliki akses sebagai “Admin” di page ini.
  2. Website – Ya sudah namanya website harus memiliki domain, dan hosting tetapi tidak perlu hosting sekiranya anda menghostkan domain anda ke Google.
  3. Minat untuk menulis (bukan copy paste) sekurangnya menulis semula artikel.
  4. Akaun bank – Untuk blogger Malaysia disarankan menggunakan CIMB kerana menurut saya ini yang paling cepat mendapat pembayaran.

 

Artikel bersambung pada sesi seterusnya.